Miliki risalah lucah, penganggur didenda RM2,500

Iklan
Seorang penganggur didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana memiliki dua helai risalah yang mengandungi gambar lucah.

KUALA LUMPUR - Gara-gara memiliki dua helai risalah yang mengandungi gambar lucah, seorang penganggur didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang, di sini pada Jumaat.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Samsuddin Siin, 53, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah kedai percetakan di Prima Sri Gombak, Gombak, di sini pada 3.10 petang, 27 Februari lepas.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara empat bulan, jika dia gagal membayar denda.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni. - Bernama