JDT tepati ramalan juarai Piala Sumbangsih

Iklan
Ketua Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bersama Ketua jurulatih pasukan JDT Benjamin Mora kelihatan menjulang Piala Sumbangsih yang dimenangi pasukan mereka selepas menewaskan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-0 pada Perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. - Foto Bernama

JOHOR Darul Ta’zim (JDT), menepati ramalan untuk muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) 2021 apabila menewaskan 2-0 Kedah Darul Aman FC (KDAFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Putri, malam tadi.

Gol tunggal jaringan pemain kebangsaan, Safawi Rasid pada minit ke-35 dan Natxo Insa (68) dilihat sudah memadai untuk skuad Harimau Selatan itu memastikan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim 2020 lalu terus berada di selatan tanah air.

Iklan
Iklan

Hadir dengan reputasi selaku juara dan naib juara Liga Super musim 2020 lalu, kedua-dua pasukan dilihat saling mengasak ke gawang lawan sejak wisel permulaan dalam usaha membuka jaringan.

Namun asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran apabila apabila bola sekadar singgah di palang gol lawan.

Safawi Rasid menjaringkan gol sulung JDT malam tadi. - Foto: Facebook Johor Southern Tigers

Iklan

JDT bagaimanapun akhirnya berjaya membuka jaringan pada minit ke-35 menerusi pemain kebangsaan, Safawi Rasid minit ke-35.

Gol berpunca hasil sepakan sudut JDT yang gagal dikeluarkan dengan baik oleh pertahanan Kedah dan Safawi berjaya melepasi kawalan pertahanan sebelum merembat leret menewaskan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Pemain JDT Muhammad Safawi Rasid meraikan kegembiraannya selepas berjaya menjaringkan gol pada Perlawanan Piala Sumbangsih 2021 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri malam ini. - Foto Bernama

Iklan

Tersentak dengan jaringan berkenaan, kesebelasan Kedah dilihat cuba bangkit bagi menyamakan kedudukan, namun segala asakan yang diatur ke gawang JDT gagal menepati sasaran hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.

Bagaimanapun, hanya pada minit ke-68, JDT berjaya memperolehi gol kedua hasil jaringan Natxo Insa setelah menerima lorongan daripada Fernando Rodriguez hasil gerakan cantik yang dimulakan olehLeandro Sebastian Velazqueez.

Gol berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan JDT untuk terus mengasak ke gawang Kedah bagi menambah jaringan.

Bagaimanapun, kemasukan Safiq Rahim dan juga Hariss Harun pada lewat perlawanan juga dilihat gagal membantu untuk menambah jaringan dan menyaksikan keputusan 2-0, kekal hingga ke ke wisel penamat dan memastikan tiga mata berharga menjadi milik skuad Harimau Selatan itu.

JDT- Farizal Marlias, Matthew Davies, Afiq Fazail (Ramadhan Saifullah), Aidil Zafuan (C), Leandro Sebastián Velázquez (Safiq Rahim), Gonzalo Cabrera (Hazwan Bakri), La'Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid (Arif Aiman Hanapi), Natxo Insa (Hariss Harun), Maurício dos Santos Nascimento, Fernando Rodriguez Ortega

KDAFC - Ifwat Akmal (Shahril Sa'Ari) Rodney Celvin Akwensivie, Anumanthan Mohan Kumar, Baddrol Bakhtiar (kapten), Rabih Ataya (Syazwan Zainon), Kpah Sherman, Tchetche Kipre (Syazwan Zainon), Fairuz Zakaria, Rizal Ghazali, Syazwan Tajudin (Amirul Hisyam Awang Kechik), Faizat Ghazli