Pasang ekzos asal tuntut motosikal: Polis

Iklan
Pegawai JAS yang terlibat dalam Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising menggunakan alat untuk mengukur kadar bunyi yang dikeluarkan sebuah motosikal yang didapati mengubah suai ekzos.

IPOH - Sejumlah 679 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak ke atas penunggang motosikal dalam Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising bermula 1 Mac hingga Jumaat.

Operasi yang disertai pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu dijalankan di 21 lokasi berasingan seluruh negeri.

Iklan
Iklan

Ketua JSPT negeri, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, kesemua saman itu dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan trafik seperti ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dan tiada cermin sisi.

"Daripada jumlah itu, 19 motosikal disita kerana didapati mengubahsuai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising melebihi kadar ditetapkan.

Iklan

"Justeru itu, pemilik kenderaan yang disita ini perlu memasang semula ekzos asal jika mahu menuntut semula motosikal mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, ops khas tersebut akan terus dilaksanakan di lokasi berbeza-beza seluruh negeri bagi mengesan kesalahan mengubah suai kenderaan.

Iklan

"Kebanyakan individu yang dikesan melakukan kesalahan ini terdiri daripada golongan 16 hingga 40 tahun.

"JSPT Perak tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik motosikal yang mengubahsuai ekzos hingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada masyarakat,” katanya.