KUANTAN - Sebuah pejabat kilang kayu di Jalan Gambang, di sini terbakar 100 peratus dalam kejadian awal pagi Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 1.21 pagi.