SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya suruhanjaya itu dijadikan 'senjata politik' dalam melaksanakan tindakan.
SPRM dalam kenyataan pada Sabtu menegaskan suruhanjaya itu merupakan agensi penyiasatan yang bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang tanpa membabitkan kecenderungan politik.