Tinggalkan Chelsea keputusan tepat

Iklan
Boga kini telah menjaringkan 17 gol daripada 79 perlawanan bersama Sassuolo sejak 2018.

BEKAS Pemain Chelsea, Jeremie Boga menjelaskan bahawa keputusan meninggalkan kelab itu adalah tepat dan tidak menyesalinya.

Bekas pemain akademi The Blues itu berkata, kariernya yang kerap dipinjamkan ke kelab lain dan hanya sempat bermian 20 minit bersama Chelsea pada 2017 membuatkan dia nekad mencuba nasib di kelab lain.

Iklan
Iklan

"Bermain untuk Chelsea dan kerap dipinjamkan pastinya sedikit mengecewakan bagi saya tetapi itu bukan perkara mengejutkan.

"Ini kerapa pada masa tersebut, pemain muda tidak diberikan peluang dan pilihan bagi saya ialah pergi dan menimba pengalaman secara pinjaman.

Iklan

"Saya tidak dinilai oleh Chelsea kerana tidak diberikan peluang bermain. Setiap pemain mempunyai matlamat mereka dan saya hanya mengikut kehendak.

"Saya dipinjamkan ke beberapa kelab untuk tempoh dua tahun dan akhirnya membuat keputusan berhijrah ke Sassuolo di Serie A,” katannya.

Iklan

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai akademi Chelsea pada usia 12 tahun dan dipinjamkan ke Rennes, Granada dan Birmingham sebelum ke Itali pada 2018.

Pemain sayap itu juga telah membuat 79 penampilan dalam semua pertandingan bagi pasukannya dan menjaringkan 17 gol.

Bagi Boga, dia ternyata gembira dengan kemajuan prestasinya di Itali dan merasakan dapat menyesuaikan diri dengan baik sejak bersama Sassuolo.

"Mereka yang berada di sini membuatkan saya merasakan selesa dan selalu memberikan keyakinan. Saya dialu-alukan oleh kelab.

"Matlamat saya ialah bermain dengan baik pada musim ini dan mempertahankan kedudukan pasukan dalam liga,” katanya.