Status operasi bazar Ramadan belum diputuskan

Iklan
Amirudin (kanan) merasmikan pembukaan Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Lembah Jaya di Laman Niaga@Ampang Waferfront pada Sabtu.

AMPANG - Kerajaan Selangor masih belum memutuskan pengoperasian bazar Ramadan pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebaliknya berkata, perkara tersebut akan dimuktamadkan dalam masa terdekat bergantung kepada situasi pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Katanya, kerajaan negeri akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sekiranya bazar Ramadan dibenarkan beroperasi.

"Setakat ini kita belum buka permohonan bazar Ramadan, kita akan putuskan mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

Iklan

"Saya lihat pasar malam pun sudah beroperasi, jadi kalau bazar Ramadan dibenarkan beroperasi kita akan lihat pula dari sudut SOP dan lain-lain," katanya selepas merasmikan pembukaan Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Lembah Jaya di Laman Niaga@Ampang Waferfront pada Sabtu.

Sementara itu, pihaknya akan meneruskan program E-Kitchen iaitu perniagaan dalam talian yang dilaksanakan pada Ramadan tahun lalu kerana menerima impak yang bagus.

Iklan

Katanya, program berkenaan akan diuruskan di bawah Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail.

"Dari segi jumlah penyertaan, ia bergantung kepada keadaan dan mahu program tersebut berterusan iaitu tidak tertumpu pada bulan Ramadan sahaja," katanya