IPOH - Kesebelasan Perak bakal meneruskan aksi di pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berdepan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai di Stadium Ulsan Munsu 19 Februari ini setelah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) tidak menerima maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung permohonan untuk mendapat kelonggaran 'bercuti' untuk satu perlawanan dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Presiden Pafa, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya menjangkakan permohonan itu tidak kelulusan berikutan FAM terikat dengan jadual perlawanan termasuk masalah-masalah lain.
"PAFA sudah minta FAM agar Perak dapat dapat diberikan kelonggaran untuk dapat cuti bagi satu perlawanan dan perlawanan itu boleh diadakan pada waktu lain.
"Tetapi berdasarkan makluman, kita tak dapat kelulusan kerana FAM juga terikat dengan perlawanan-perlawanan serta masalah-masalah lain.
"Oleh itu, kita akan teruskan aksi kerana halangan seperti tidak bermakna kita gagal dan diharapkan semua pemain cekalkan hati walaupun berdepan jadual perlawanan yang begitu memeritkan," katanya pada sidang media, hari ini.
Ahmad Faizal berkata demikian berhubung permohonan PAFA agar FAM dapat memberikan kelonggaran atau 'cuti' satu perlawanan berikutan skuad Kejor Yeop Skor itu bakal Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Cheras 17 Februari ini berlepas sebelum berdepan Ulsan Hyundai di gelanggan lawan 19 Februari.
Sementara itu, Ahmad Faizal gembira dengan kejayaan Perak menewaskan wakil Hong Kong, Kitchee FC 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Perak, semalam.
"Saya bersyukur kerana Perak menang. Apa pun pemain perlu cekalkan hati walaupun agak memeritkan.
"Lagi pun bukan senang nak lawan pasukan hebat seperti Ulsan Hyundai," katanya.