Harap tiada pertandingan tiga penjuru pada PRU15

Iklan
Mohd Suhaimi

ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah berharap pertandingan tiga penjuru tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan UMNO memutuskan kerjasama dengan parti tersebut.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, kini ramai yang mula memberikan perhatian kepada perjuangan Melayu-Islam dan perkara tersebut seharusnya terus dipertahankan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu jelas mengejutkan ramai pihak.

"Saya masih lagi berdoa agar pertandingan tiga penjuru tidak akan berlaku (pada PRU15).

Iklan
Iklan

"Kenapa Melayu mesti berpecah kerana rebutan kerusi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.