KL Thunder juara berganda STL 2020

Iklan
Regu KL Thunder diwakili Syahir, Azlan dan Amirul Zazwan cemerlang pada aksi final STL Champions Cup 2020 di Iskandar Puteri sebentar tadi.

KUALA Lumpur (KL) Thunder menepati ramalan apabila muncul juara berganda Liga Sepak Takraw (STL) selepas menjuarai Champions Cup di Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri, Johor sebentar tadi.

Tampil selaku juara Liga Premier, KL Thunder yang mempertaruhkan regu berpengalaman - Mohamad Syahir Mohd Rosidi selaku tekong, Mohamad Azlan Alias (perejam) dan Amirul Zazwan Amir (pengumpan) menang 21-8, 21-9 ke atas Penang Black Panthers dalam aksi final.

Iklan
Iklan

Kecemerlangan Mohamad Syahir menerusi 19 servis ace ke gelanggang lawan yang gagal dikembalikan lawan banyak membantu KL Thunder mengutip mata.

Bagaikan serba tidak menjadi, pemain muda Penang Black Panthers gagal menyaingi kehebatan KL Thunder yang dibarisi pemain senior kebangsaan.

Iklan

Bagi Penang Black Panthers, kekalahan tersebut menafikan hasrat mereka untuk mengukir nama bagi menyambar kejuaraan ketiga selepas melakukannya pada edisi pertama iaitu pada 2017 dan 2018.

Bagaimanapun, regu dari utara tanah air itu dilihat mempunyai potensi besar untuk mencatatkan kejayaan dalam kejohanan akan datang memandangkan mereka diwakili barisan pemain muda.

Iklan

Terdahulu, dalam dua lagi aksi yang berlangsung pada Sabtu, ATM Guardians menamatkan saingan di tempat ketiga selepas membenam Johor Tigris manakala Negeri Sembilan Antlers menundukkan Kelantan Warrios bagi mengesahkan tempat kelima.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhitungan akhir Penang Black Panthers dan KL Thunder

Tempat ketiga pencapaian terbaik ATM Guardian