Prestasi Safawi makin meningkat

Iklan
Safawi menyumbang gol pertama JDT ketika menentang KDA FC pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat. - Foto FB Johor Southern Tigers

MUTU permainan penyerang kebangsaan, Safawi Rasid semakin meningkat selepas bersama kelab Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada musim lepas, kata Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora.

Mora berkata, Safawi memiliki peluang terbaik untuk belajar melalui pengalaman dengan sebuah pasukan yang bersaing di dalam antara liga teratas Eropah dan memahami kehendak di peringkat tertinggi.

Iklan
Iklan

"Jika Safawi tidak meningkat selepas berlatih di Portugal, maka itu hanyalah membuang masa. Dia berpeluang untuk ke tempat lain bagi melihat sendiri bagaimana latihan dan kehendak yang perlu dipenuhi, saya rasa beliau tahu apa yang perlu dibuat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan Piala Sumbangsih malam semalam.

Safawi menjaringkan gol pada hari lahirnya yang ke-24 itu untuk membantu JDT mengekalkan piala itu buat empat musim berturut-turut selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Iklan

Safawi berpindah ke Portimonense SC pada Oktober tahun lalu tetapi tidak berpeluang untuk melakukan aksi sulungnya di Liga Primeira dan hanya memanaskan bangku simpanan pasukan bimbingan jurulatih Paulo Sergio.

Bagaimanapun, dia diturunkan buat kali pertama dalam skuad Bawah 23 tahun (B-23) Portimonense SC ketika menentang Sporting Lisbon.

Iklan

Safawi yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada 2018 dan 2019 dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan kemudian kembali menyertai skuad Harimau Selatan.

"Safawi sering melakukan kelainan dengan sepakan percuma, penalti dan sepakan untuk jaringan gol. Bagi saya Safawi seorang pemain hebat dan aset penting JDT.

"Syukur kami mendapat beliau kembali dan membantu kami untuk menang dan hari ini (semalam) terbukti, beliau bermain dengan baik,” kata jurulatih berusia 41 tahun berasal dari Mexico itu. - Bernama