Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat

Iklan
Beberapa kenderaan menghala ke Taman Krubong Jaya ditenggelami air susulan banjir kilat melanda sejak petang Sabtu.

MELAKA - Hujan lebat lebih sejam menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat pada petang Sabtu.

Keadaan hujan sejak jam 5.30 petang turut menyebabkan lima kenderaan pelbagai jenis terkandas dan tenggelam berdekatan Taman Krubong Jaya, namun kesemua pemandu dan penumpang berjaya keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri.

Iklan
Iklan

Selain itu, beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah, Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet berkata, setakat jam 8.30 malam, pihaknya menerima laporan lima kawasan terjejas iaitu Pengkalan Rama Pantai, Taman Merdeka, Taman Sri Krubong, Taman Krubong Jaya dan Kampung Tampoi.

Iklan

"Kita masih lagi meneruskan pemantauan dan setakat ini belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman memaklumkan, Unit Tindakan Pantas MPHTJ telah digerakkan bagi melakukan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang di beberapa lokasi antaranya di Simpang Gading, Lebuh Ayer Keroh depan Mahkamah Melaka dan di Jalan Botanikal ke Taman Tasek Utama.

Iklan

"Berikutan hujan lebat dan angin kuat kita telah turun ke beberapa lokasi yang terjejas seperti di Taman Melawis, Taman Jati, Taman Malim, Batu Berandam dan Bukit Beruang yang dilanda banjir kilat.

"Satu Jawatankuasa juga akan ditubuhkan segera bagi membincangkan bagi mengatasi masalah banjir," katanya.