Khemah di sekatan jalan raya rosak, patah dipukul ribut

Iklan
Khemah yang rosak teruk di satu lokasi sekatan jalan raya akibat ribut dan hujan lebat pada Sabtu.

SEPANG - Peralatan operasi sekatan jalan raya di enam lokasi di sekitar daerah ini dilaporkan rosak akibat ribut dan hujan lebat pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lokasi terbabit ialah di Jalan Bandar Baru Salak Tinggi/Nilai, Jalan Pekan Salak/Kota Seriemas, Jalan Sepang/Labu, Tol Serenia dan Tol Putrajaya.

Iklan
Iklan
Sebanyak enam lokasi sekatan jalan raya di sekitar daerah Sepang, terjejas akibat ribut dan hujan lebat pada Sabtu.

"Banyak kerosakan berlaku membabitkan lampu kalimantang, lampu limpah, khemah dan meja kaunter.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan petugas keselamatan di lokasi sekatan jalan raya terlibat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, bagaimanapun operasi di sekatan jalan raya terlibat masih dikekalkan dan peralatan rosak diganti baharu.

"Kita (polis) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menjalankan tugas dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.

Iklan
Peralatan yang rosak di beberapa lokasi diganti baharu dan operasi sekatan masih diteruskan.