Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucup Hajar Aswad ketika menunaikan ibadah umrah kira-kira 9.56 malam Sabtu.
Muhyiddin yang dalam lawatan rasmi empat hari ke negara ini mulai semalam, menunaikan umrah atas undangan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga Penjaga Dua Masjid Suci. - Foto Bernama