Ibu enam anak serah diri pada AADK

Iklan
Suspek (kiri) berusia 32 tahun menyerah diri ketika kedatangan pasukan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Ahad.

TUMPAT - Seorang wanita yang kemurungan dan enggan menjaga enam anaknya menyerah diri kepada penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada Ahad.

Sepasukan lima anggota AADK ke rumah nenek suami wanita itu di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor pada jam 7 pagi untuk sesi ‘out reach' selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai AADK Tumpat, Siti Morni Mustafa berkata, ibu muda itu ketika itu sedang tidur dan menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum menyerah diri.

"Ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis metamphetamine,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya menggunakan pendekatan memujuk dan wanita itu faham serta bersetuju untuk didaftarkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Wanita Bachok.

"Suspek sudah pun menjalani ujian swab Covid-19 dan akan dihantar ke Puspen hari ini bagi menjalani rawatan pemulihan sehingga pulih atau satu tempoh kelak.

Iklan

"Anak-anaknya ketika ini dijaga oleh ibu mentua yang berusia 60-an di Kampung Ketil, Tumpat,” katanya.

Pada Jumaat, tular kisah anak sulung suspek yang berusia 12 tahun terpaksa mengambil alih tugas ibu bapa menjaga lima adik yang berusia lapan, lima, empat dan dua tahun serta bayi yang berusia enam bulan.

Keadaan itu berlaku apabila suami wanita itu yang berusia 30 tahun ditahan polis pada 5 Februari lalu kerana dipercayai terbabit dengan dadah.

Sementara itu, suspek yang sempat ditemubual mendakwa diberi dadah oleh suami untuk rangsangan seks.

"Saya akui ini kesalahan kami, saya menyesal dan akan cuba berubah demi anak-anak yang masih kecil,” katanya.