PKPD di Kampung Tringgus, Bau, Sarawak mulai esok

Iklan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Kampung Tringgus, Bau selama 14 hari bermula Isnin. - Gambar hiasan

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Kampung Tringgus, Bau selama 14 hari bermula Isnin, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Menerusi kenyataan pada Ahad, JPBN memaklumkan keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes positif Covid-19 di kampung itu.

Iklan
Iklan

Mengenai situasi Covid-19 di Sarawak, JPBN memaklumkan pada Ahad terdapat 201 kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini meningkat kepada 11,096 kes.

Sementara itu, JPBN turut memaklumkan bagi pihak yang ingin membuat sumbangan makanan ke kawasan PKPD, mereka perlu berhubung dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (Residen) masing-masing.

Iklan
Iklan

"Orang ramai atau NGO (pertubuhan bukan kerajaan) juga diminta untuk tidak mengumpul dan menghantar makanan ke kawasan PKPD kerana kawasan tersebut berisiko dan akan mengganggu operasi pasukan keselamatan,” menurut kenyataan itu. - Bernama