Pearly-Thinaah cipta kejutan di Terbuka Switzerland

Iklan
Gandingan Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Switzerland selepas menewaskan pasangan dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-19, 21-12.

PASANGAN beregu muda wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar kejutan apabila muncul juara Terbuka Switzerland dalam aksi final di St Jakobshalle Basel pada Ahad.

Mereka menewaskan pilihan ketiga kejohanan dan ranking ke-14 dunia dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-19, 21-12 dalam tempoh 43 minit.

Iklan
Iklan

Ia sekali gus melakar pencapaian membanggakan apatah lagi ia kejuaraan yang pertama bagi pasangan negara tersebut pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.

Pearly-Thinaah menjadi satu-satunya wakil negara dengan laluan cemerlang dalam kejohanan kali ini termasuk menumpaskan rakan senegara yang juga beregu senior, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean 10-21, 21-14, 21-16 dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.

Iklan
Iklan