Kanak-kanak berusia dua tahun tidur nyenyak ditemani ular sawa

Iklan
Ular sawa berada di atas katil ketika kanak-kanak berusia dua tahun sedang tidur dalam kejadian di Kampung Gangsa, Durian Tunggal pada malam Sabtu.

ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun tidur lena dengan 'ditemani' seekor ular sawa yang berlingkar pada bahu sebelum kejadian itu disedari oleh ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Gangsa Durian Tunggal di sini, pada Sabtu.

Wanita berkenaan, Nurul Fatehah Amran, 24, berkata, dia kebetulan masuk ke dalam bilik itu kira-kira jam 9 malam untuk menukar pakaian anaknya yang sedang tidur sebelum melihat ular sawa sepanjang satu meter berada di bahu kanak-kanak tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut suri rumah itu, ular sawa berkenaan betul-betul berlingkar di bahu anaknya yang tidur di atas katil.

"Ketika masuk ke dalam bilik, saya ternampak benda berkilat bercorak batik bergerak-gerak di bahu anak saya yang sedang nyenyak tidur.

Iklan

"Walaupun takut tetapi saya terus angkat dia dan panggil suami serta abang yang berada di rumah, sebelum abang kemudian menghubungi panggilan kecemasan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tambahnya, dia bersyukur kerana anaknya tidak mengalami kecederaan.

Iklan
Ular sawa seberat enam kilogram berjaya ditangkap anggota Pertahanan Awam

Sementara itu Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, empat anggota dikejarkan lokasi untuk operasi menangkap ular selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 malam.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati ular sawa masih berada di bawah bantal dan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit menangkap binatang seberat enam kilogram itu sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan perumahan," katanya.