Kelihatan ibu bapa menghantar anak mereka menaiki bot penambang seawal pagi untuk ke sekolah yang terletak di sekitar pusat bandar Labuan ketika tinjauan di jeti Hujung Pasir , Labuan, pagi ini.
Sekolah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dibuka semula secara berfasa dengan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua telah kembali bersekolah pada 1 Mac lalu. Sementara murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah bermula pada hari ini.