CANBERRA - AUSTRALIA. Perdana Menteri, Scott Morrison pada Rabu mengumumkan pembukaan semula pusat tahanan migran kontroversi luar pesisir di Pulau Krismas.
Morrison meluluskan keputusan itu selepas pusat kemudahan terpencil itu beberapa bulan lalu lalu yang mana undang-undang baharu diluluskan Parlimen itu dijangka meningkatkan jumlah kemasukan pendatang haram ke Australia.
Iklan
Iklan
Terdahulu, Parlimen menolak amaran kerajaan dan meluluskan undang-undang yang membolehkan pelarian dan pemohon suaka ditahan di pusat tahanan luar pesisir di Nauru dan Pulau Manus di Papua New Guinea mendapatkan rawatan di Canberra.
Kemudahan di Pulau Krismas yang terletak di Lautan Hindi sehingga selatan Pulau Jawa di Indonesia pernah menempatkan ribuan tahanan.
35 tahanan terakhir dibawa keluar dari pulau itu selepas ia ditutup pada Oktober lalu. - AFP