Syed Saddiq serah gaji sebulan untuk rakyat Muar

Iklan
Syed Saddiq membuat persiapan untuk berangkat ke Singapura bagi menyambung pengajian di NUS, Singapura.

MUAR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan gajinya sebagai wakil rakyat pada bulan ini untuk kegunaan rakyat di daerah ini.

Syed Saddiq berkata, beliau berbuat demikian kerana akan berada di Singapura bagi menamatkan pengajiannya.

Iklan
Iklan

Beliau mengikuti Kursus Eksekutif dalam Polisi Awam di Universiti Nasional Singapura (NUS) sejak September tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya ke Singapura untuk menghabiskan pengajian saya di NUS dalam Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew dengan biasiswa penuh.

Iklan

"Sebelum ini kelas semua dibuat secara atas talian tetapi kali ini saya perlu masuk kelas secara fizikal di Singapura. Saya akan berada di sana selama sebulan, bukan pergi bercuti tetapi untuk belajar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Berikutan itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berasakan beliau tidak layak menerima bayaran gaji semasa dalam tempoh pengajian penuh di negara republik itu.

Iklan

"Saya tak layak menerima bayaran ini semasa saya dalam tempoh pengajian penuh di sana. Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih Muar. Doakan perjalanan pergi pulang saya selamat.

"Saya harap pengajian saya dalam bidang Polisi Awam ini dapat menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia,” katanya.