Motosikal guna nombor plat 'SYA BUAYA' disita

Iklan
Motosikal menggunakan plat 'SYA BUAYA' antara yang disita dalam operasi di Kota Belud bermula Jumaat hingga Ahad.

KOTA BELUD - Tindakan seorang pemilik motosikal mengubah suai nombor plat dengan perkataan 'SYA BUAYA' membawa padah apabila kenderaan itu disita dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud.

Selain nombor plat, ekzos motosikal berkenaan juga sudah diubah suai.

Iklan
Iklan

Operasi sejak Jumaat dan berakhir pada Ahad itu menyaksikan sebanyak 13 motosikal disita atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Mohd Zaidi Abdullah berkata, sebanyak 23 saman trafik dikeluarkan dalam operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Belud dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah.

Iklan

"Selain 13 motosikal disita kerana ekzos diubah suai dan beberapa kesalahan lain, ada juga motosikal yang dirampas kerana disyaki kenderaan dicuri pada tahun 2012," katanya di sini pada Isnin.

Mohd Zaidi berkata, pemilik yang mahu menuntut semula motosikal yang disita disyaratkan supaya memasang semula ekzos asal terlebih dahulu.

Iklan

"Polis IPD Kota Belud khususnya BSPT tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik yang mengubah suai ekzos motosikal mereka sehingga mengeluarkan bunyi bising," katanya.