Pahang pertimbang tambah RRP

Iklan
WAN ROSDY

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang akan menambah bilangan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi membantu lebih ramai rakyat negeri ini yang kurang mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan itu akan dipertimbangkan bergantung kepada implikasi kewangan kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tahun lalu kerajaan negeri telah membina 98 RRP dan telah siap sepenuhnya manakala tahun ini bilangan itu ditingkatkan kepada 102 unit rumah.

"Setakat ini kerajaan negeri meluluskan dua RRP bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan jika prestasi kewangan baik, kita cadang akan tambah dua lagi rumah di bawah program ini bagi setiap DUN," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Penyerahan Wang Ihsan Banjir Bagi Daerah Kuantan di Dewan Orang Ramai Kampung Ubai di sini pada Isnin.

Wan Rosdy berkata, berdasarkan data yang diperoleh, bilangan rakyat yang memohon rumah di bawah program itu agak ramai.

Iklan

"Sudah pasti nya kerajaan tidak mampu untuk memenuhi keperluan itu.

"Justeru pemilihan akan dilakukan secara teliti bagi mengenalpasti penerima yang benar-benar layak dan ia akan ditentukan pegawai daerah masing-masing," katanya.

Wan Rosdy berkata, RRP hanya diberikan kepada pemohon atau peserta yang disahkan sebagai miskin tegar atau miskin dan tidak mempunyai rumah atau rumah mereka sudah usang dengan beberapa syarat ditetapkan.

Beliau berkata, syarat yang dikenakan itu bagi memastikan tujuan pelaksanaan program tersebut tidak diselewengkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.