KOTA KINABALU - Semua ketua jabatan perkhidmatan awam negeri perlu memastikan keberadaan penjawat awam di bawah seliaan mereka mencapai tahap 90 peratus pada waktu bekerja di pejabat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, hanya 10 peratus penjawat awam negeri dibenarkan bekerja dari rumah dengan kelulusan ketua jabatan.