Lelaki ditahan bantu siasatan kes wanita mati dijerut

Iklan
PDRM

KAJANG - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan melibatkan kes seorang wanita ditemui mati dengan kesan jerut pada leher di sebuah rumah di Taman Bangi Jalan Reko Kajang di sini pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan pada jam 8.45 malam di Kajang pada hari sama.

Iklan
Iklan

"Lelaki itu akan direman pagi ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, penemuan mayat mangsa dimaklumkan kepada polis oleh seorang lelaki melalui panggilan MERS 999 ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 9 pagi.

Iklan

Difahamkan, mayat wanita berkenaan yang juga pekerja di sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditemui rakan sekerjanya, sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan sebelum ini memaklumkan, pemeriksaan awal mendapati wanita tempatan berusia lingkungan 30-an itu dipercayai lebih 24 jam meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui.

Iklan

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kakak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul membuat laporan di Balai Polis Kajang, Sabtu lalu selepas adiknya gagal dihubungi sejak Jumaat lalu.