PU Azman minta maaf isu bahenol

Iklan
Kenyataan PU Azman dan Si Nopal.

JIKA sebelum ini PU Azman mengeluarkan kenyataan perkataan bahaenol dari Indonesia dianggap lucah namun hari ini beliau menarik balik kenyataan itu serta memohon maaf.

Menerusi Instagram peribadinya, PU Azman atau Azman Syah Alias berkata, dia kurang teliti berhubung maksud bahenol.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum, saya mohon maaf jika saya kurang teliti tentang maksud bahenol yang juga membawa maksud positif, bersemangat dan bertubuh gempal

"Justeru saya memohon maaf dalam kalangan teman-teman dari Indonesia yang terasa dan menganggap ia isu sentimen.

Iklan

"Maka kesimpulan baik buruknya, sesuatu perkataan itu bergantung kepada konteks penggunaannya dalam sebuah ayat dan juga penggunaan dalam suatu budaya bangsa. Oleh itu jom berkhemah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Demam Si Nopal landa Malaysia

Iklan

Semalam, beliau meminta warganet berhenti menyanyikan lagu Si Nopal kerana ia membawa maksud tidak baik dan lucah.

Katanya, perkataan bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghairah dan montok.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman saran henti nyanyi lagu Si Nopal

Perkataan bahenol itu diperolehi dari kartun animasi Si Nopal ketika berkhemah yang menjadi bualan netizen hingga meraih 3.5 juta tontonan.

Sementara itu, Si Nopal turut memberi maklum balas berhubung isu ini.

Difahamkan pihaknya mengambil positif berhubung isu itu dan beranggapan kenyataan PU Azman adalah jujur.

Mereka juga sentiasa menyokong dakwah disampaikan oleh PU Azman dan mendoakan kejayaannya.