PENGENDALI Chelsea, Thomas Thucel menjelaskan bahawa Christian Pulisic kurang bernasib baik di bawah bimbingannya kerana tidak diturunkan selaku kesebelasan utama The Blues.
Menurutnya, pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu perlu membuktikan kemampuan sebelum mendapatkan kepercayaan daripadanya.
"Saya tidak dapat mengatakan apa-apa selain perkara baik tentangnya. Mungkin masalah terbesarnya ialah saya mengenalinya sejak bersama di Borrusia Dortmund dan saya fikir dia hanya akan bermula dalam perlawanan piala.
"Ini adalah tanggungjawab saya dan agak tidak adil tetapi saya tahu apa kesan jika dia mendapat 20 atau 30 minit masa terakhir.
"Dia kurang bernasib baik dalam beberapa perlawanan terkahir. Bukan kurang kerana kualiti seorang pemain tetapi dia perlu bersabar.
"Saya ada pemain lain yang ingin saya sebutkan iaitu Emerson (Palmieri) yang terkesan akibat keputusan buruk saya. Dia tidak bermain tetapi dia pemain luar biasa,” katanya.
Pulisic beraksi cemerlang bersama Chelsea pada musim lalu dan menjadi salah seorang pemain bintang di kelab berkenaan.
Bagaimanapun faktor kecederaan menyebabkan pemain itu gagal memulakan permainan pada awal kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan dilihat gagal untuk menyaingi pencapaian 11 gol pada musim sebelum ini.