China luluskan RCEP, harap negara lain ambil langkah sama

Iklan
Perdana Menteri China, Li Keqiang menyaksikan Menteri Perdagangan China, Zhong Shan menandatangani perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada sidang kemuncak ASEAN dalam talian pada 15 November lalu. - Foto AFP

BEIJING - Kerajaan China telah meluluskan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara rasmi dan berharap negara-negara lain yang terlibat dalam perjanjian itu turut mengambil langkah yang sama.

Di samping itu, China akan membuka luas pintunya dengan piawaian kemasukan yang lebih mudah.

Iklan
Iklan

Demikian kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao sempena persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China pada Isnin.

Beliau berkata, pemeteraian RCEP menandakan pembentukan sebuah pasaran gergasi yang terdiri daripada sepertiga jumlah ekonomi global, penuh berpotensi dan dinamik.

Iklan

Selain itu katanya, China telah membina satu mekanisme kerja yang khusus bagi penguatkuasaan RCEP.

Menurut Wentao, tatkala kerajaan China telah meluluskan perjanjian itu, beberapa lagi negara anggota pula sedang mempercepat kelulusan perjanjian tersebut.

Iklan

Justeru, beliau berharap negara-negara yang berkaitan dapat mempercepat proses kelulusan itu bagi membolehkan penguatkuasaan RCEP dilaksana secepat mungkin supaya ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai negara.

Pada tahun ini, China akan terus membina iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, undang-undang dan pasaran antarabangsa supaya pelabur asing dapat berkongsi hasil pembangunan China secara mudah dan selamat. - Bernama