ISU mengenai pematuhan syariah dalam pemakaian atlet negeri Terengganu bukanlah suatu perkara yang baharu untuk dipertikaikan, bahkan ia sudah dimulakan sejak Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 lagi.
Namun, difahamkan bahawa kerajaan negeri Terengganu kali ini ingin melaksanakan dengan lebih meluas terutama untuk sukan-sukan berpasukan yang mendapat tindak balas dan penerimaan yang baik daripada peminat.
Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, sebelum ini, pendekatan itu telah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu, antaranya dengan pengasingan penggunaan kolam renang antara lelaki dan wanita serta pematuhan pakaian.
"Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abd Rahman) dan juga pandangan Timbalan Exco Belia dan Sukan Negeri supaya arahan atau pendekatan ini tidak dilihat sebagai satu paksaan yang mendadak.
"Sebaliknya lebih menjurus kepada penerusan usaha-usaha peningkatan penerapan kesedaran dalam kalangan atlet muslim di Terengganu untuk mereka melakukan perubahan secara rela hati berkaitan kesesuaian pemakaian yang tidak akan menjejaskan prestasi mereka,” katanya.
Pada Ahad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata langkah itu adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai tonggak pentadbiran utama, termasuk sukan.
Beliau berkata, sebagai permulaan, semua pemain bola sepak beragama Islam di bawah Persatuan Bola sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dikehendaki memakai pakaian patuh syariah dalam semua kejohanan, sama ada di dalam atau luar negeri.
Sementara itu, Ahmad Shapawi juga berpendapat amalan pemakaian menutup aurat itu tidak terhenti di saat bergelar atlet sahaja tetapi perlulah menjadikannya sebagai amalan harian.
"Sebaik mungkin, amalan tersebut bukan sahaja untuk pertandingan malahan dijadikan amalan harian latihan masing-masing.
"Pemakaian yang sesuai juga perlu bagi mengelakkan risiko kecederaan sekiranya mereka menggunakan pakaian yang akan menghalang pergerakan permainan mereka nanti,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menyambut baik pendirian kerajaan negeri Terengganu bahawa kewajipan pematuhan syariah itu bukanlah terpakai kepada atlet bukan Muslim atau atlet negeri lain yang bertanding di negeri itu.
"Bagi sukan-sukan lain yang tradisi dan peraturan pertandingan antarabangsa yang jenis pakaian pertandingannya tidak menutup aurat seperti sukan gimnastik, gimrama, terjun dan renang juga tidak menjadi sebahagian daripada kewajipan pematuhan oleh kerajaan negeri,” katanya
Justeru, menurut beliau, pendekatan peningkatan kesedaran seperti yang dilaksanakan sebelum ini adalah permulaan awal dan kini hanya diikuti dengan penekanan yang lebih sedikit kepada penerapan pematuhan syariah Islam.
"Ia bukan sahaja dari segi pemakaian malahan turut melibatkan aspek-aspek lain seperti tingkahlaku, emosi, rohani dan sikap seharian atlet-atlet muda kita,” katanya.
Sebelum ini Syed Saddiq mahu semua pihak menghormati pemilihan pakaian sukan atlet.
Menentukan pakaian yang harus dikenakan oleh para atlet adalah perkara membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, renang, dan bina badan akan terjejas, katanya. - Bernama