Mengenang detik setahun lalu yang penuh mendebarkan

Iklan
Pemimpin gabungan PN membaca doa sewaktu pertemuan di kediaman Muhyiddin pada Februari tahun lalu.

[LAPORAN KHAS] MENGIMBAU detik setahun yang lalu, banyak yang rahsia tersimpan di dalam hati Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau masih mengingati malam yang dikatakan Langkah Sheraton. Beliau yang turut berada di dewan besar hotel berkata, ahli parti-parti Melayu Islam seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas bersetuju untuk bersama selepas melihat kerajaan PH gagal memartabatkan isu Melayu dan Islam.

Iklan
Iklan

"Atas dasar inilah, ahli-ahli Parlimen (Melayu dan Islam) mula membuat keputusan tidak mementingkan diri dan terlebih dahulu berkumpul pada Kongres Maruah Melayu di Shah Alam bagi tujuan bersatu.

"Mengenai penubuhan kerajaan PN, apabila berlakunya Langkah Sheraton (peristiwa kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020), banyak perkara terjadi dengan ramai ahli Parlimen masih belum memberikan kata putus (sama ada mahu sokong PN).

Iklan
Noor Azmi

"Ketika itu, banyak mesyuarat diadakan dan saya ingat satu mesyuarat yang turut dihadiri Dr Mahathir. Beliau kata boleh sokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri, tetapi tidak akan kerjasama dengannya," dedahnya kepada Sinar Harian.

Namun, salah satu detik yang paling terkesan di hati Azmi pada petang tanggal 29 Februari tahun lalu apabila Istana Negara mengeluarkan pengumuman Muhyiddin mendapat sokongan majoriti menjadi Perdana Menteri Kelapan.

Iklan

"Saya berada di rumah Tan Sri dan menjadi saksi kepada momen itu. Saya masih sebelum itu, ada ahli Parlimen masih dipanggil kem sebelah sana. Ada juga ahli Parlimen yang waktu pagi datang ke sini, pada petang pula berada di kem sebelah.

Muhyiddin melakukan sujud syukur sebaik sahaja dimaklumkan mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8 pada Februari tahun lalu.

"Situasi ketika itu sangat sensitif dan mendebarkan. Namun pada saat diberitahu Tan Sri Muhyiddin memenangi undian pengiraan akuan sumpah (SD) dan menjadi PM kelapan. Semua orang bercucuran airmata. Saya jadi saksi detik sangat kritikal itu," katanya.