Padah kejar untung berganda

Iklan
Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof

KUANTAN - Gara-gara mengejar keuntungan berganda menerusi pelaburan yang ditawarkan di Facebook, seorang eksekutif teknologi maklumat berputih mata apabila menanggung kerugian sebanyak RM15,915.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian pada Isnin, mangsa berusia 30 tahun membuat pelaburan berkenaan selepas terpedaya dengan tawaran pulangan sebanyak 10 peratus wang yang dilaburkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa bersetuju untuk melabur dan memasukkan wang berjumlah RM15,915 ke dalam akaun yang diberikan suspek.

"Mangsa dikatakan telah melakukan lapan transaksi ke dalam dua akaun bank yang berbeza.

Iklan

"Mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas tidak menerima pulangan seperti dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Iklan

Menurutnya, modus operandi digunakan suspek adalah memperdaya mangsa dengan menawarkan pelaburan tidak wujud sehingga mengalami kerugian sejumlah wang.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.