Tuchel lega Chelsea menang

Iklan
Kemenangan berkenaan mengukuhkan kedudukan Chelsea pada tangga keempat EPL.

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel lega dengan kemenangan 2-0 ke atas Everton semalam yang sekali gus telah membantu mengukuhkan skuad kendaliannya itu pada kedudukan keempat carta EPL ketika ini.

Tambah melegakan Tuchel, situasi berkenaan dilihat semakin mencerahkan peluang The Blues untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

Iklan
Iklan

"Kami memang berhak untuk menang. Ia agak sukar pada separuh masa pertama, tetapi kami berjaya mengawal keadaan sepenuhnya.

"Separuh masa kedua pula kami mula meningkatkan tahap permainan kami dan berjaya mengasak ke kubu lawan untuk menambah jumlah gol.

Iklan

"Pada perlawanan ini juga anda dapat saksikan kualiti pemain-pemain serta kelab dan saya cukup berbangga apabila semua pihak benar-benar berusaha keras untuk beraksi hingga ke tahap ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Chelsea membuka jaringan menerusi Ben Godfrey yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-31 sebelum Jorginho menyempurnakna sepakan penalti pada minit ke-65 bagi mengesahkan kemenangan pasukan.

Iklan

Kemenangan berkenaan menyaksikan Chelsea berada pada kedudukan keempat EPL dengan 50 mata hasil 14 kemenangan, lapan seri dan tewas enam kali daripada 28 perlawanan setakat ini.

Sementara itu pengendali Everton, Carlo Ancelotti berkata, kesebelasan The Toffees dilihat tidak beraksi pada tahap yang dikehendaki hingga menyaksikan mereka tewas pada peralwanan berkenaan.

Katanya, biarpun tewas pada perlawanan itu tetapi ia bukanlah satu pencapain yang buruk dan percaya mereka masih mampu untuk melakar kemenangan pada perlawanan akan datang.

"Percaturan kita untuk perlawanan ini adalah sama ketika kita menewaskan Liverpool sebelum ini, tetapi kita menjaringkan gol awal pada perlawanan itu.

"Apa pun, kami akan tetap berjuang untuk menempah slot beraksi dalam Liga Juara-Juara,” katanya.