Hentikan sekatan jalan raya di KL, Selangor: Hannah Yeoh

Iklan
Hannah Yeoh

SEGAMBUT - Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memohon pertimbangan pihak berwajib supaya memberhentikan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau bersimpati melihat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa bertugas di bawah cahaya matahari yang panas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada Selasa suhu mencecah 44 darjah celsius dan berharap pihak berkenaan mendengar saranan tersebut.

"Harap Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendengar. Kesian juga melihat polis dan tentera di bawah matahari yang sangat panas.

Iklan

"Saya bagi contoh sekatan jalan di Tol Duta, Damansara dan Bukit Jelutong, ia tidak bermakna kerana melibatkan pergerakan rentas daerah yang sudah dibenarkan," katanya menerusi satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, desakan itu juga berikutan tiada lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain keadaan trafik menjadi sesak.

Iklan

"Mohon pertimbangkan pemberhentian pemeriksaan sekatan jalan raya di sekitar Selangor dan KL.

"Bukan PKP lagi, trafik sesak sekali kerana semua nak ke sekolah dan ke tempat kerja. Ia juga membahayakan nyawa polis bertugas kerana tak mampu check (periksa) semua kereta," katanya.