195,923 individu divaksin setakat 9 Mac: Dr Noor Hisham

Iklan
Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 195,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah divaksin setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menurut laporan harian pemberian dos satu vaksin mengikut negeri, Sarawak merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 27,500 individu, diikuti Selangor (19,251), Kuala Lumpur (16,887) dan Pahang (16,342).

Iklan
Iklan

"Sabah seramai 16,245 orang; Perak (15,881); Johor (15,843); Kelantan (14,185); Kedah (11,638); Terengganu (11,261) dan Negeri Sembilan (8,385).

"Di Pulau Pinang pula 7,781 orang mendapatkan vaksinasi, Melaka (5,365); Perlis (4,158); Putrajaya (2,941) dan Labuan (2,260),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter dan Facebook beliau pada Rabu.

Iklan
Iklan

Pada 24 Februari lepas, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech. - Bernama