Juventus terus kempunan Liga Juara-Juara Eropah

Iklan
Ronaldo sekali lagi gagal membantu Juventus untuk melayakkan diri beraksi di pentas suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

JUVENTUS sekali lagi terkandas pada pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah selepas di tewaskan Porto menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Menurut pemain pertahanan Juventus, Matthijs de Ligt mengakui terkejut dengan permulaan longlai pasukannya itu sehingga memberikan jaringan pendahuluan kepada porto pada babak pertama.

Iklan
Iklan

"Pada pusingan pertama kita sudah tewas 2-1, selepas itu kita ketinggalan pada babak pertama dan ia sudah terlalu lambat buat.

"Kami bermain dengan lebih baik pada babak kedua dengan mendapat dua peluang yang boleh menghasilkan gol tetapi gagal masuk ke gawang.

Iklan

Sudah pasti ia akan mengubah musim kami kerana kami menginginkan kekal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan kami telah tersingkir pada Mac. Sudah pasti ini perkara sukar buat kami,” katanya.

Musim lalu, Lyon menyekat kemaraan Juventus di pentas Eropah dan kali terakhir pasukan berkenaan memenangi kejuaraan tersebut ialah bagi musim 1995/1996.

Iklan

Sementara itu penyerang Juventus, Federico Chiesa mendakwa Juventus lebih layak ke separuh akhir berdasarkan aksi yang ditunjukkan terpaksa akur kerana gagal menyelesaikan peluang yang terhidang.

"Separuh masa pertama kami cuba untuk bangkit tetapi pada separuh masa kedua kami tampil dengan mentaliti berbeza. Bagaimanapun kami dinafikan pada minit-minit terakhir.

"Kami ingin beraksi di suku akhir tapi ia tidak mungkin berlaku dan sekarang fokus kami terarah kepada Serie A dan Coppa Italia,” katanya.