Aksem Perlis rampas 568kg daun ketum

Iklan

PADANG BESAR- Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis merampas 568 kilogram daun ketum bernilai RM17,040 dalam serbuan di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kaki Bukit, Kaki Bukit dekat sini, awal pagi semalam.

Komander Aksem Deputi Superintendan, Syed Basri Syed Ali berkata serbuan dilakukan kira-kira 4.30 pagi di sebuah rumah tidak berpenghuni.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan, Aksem menemui beberapa guni berwarna putih dipercayai berisi daun ketum yang telah siap dibungkus di dalam plastik lut sinar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua guni itu diserah kepada Bahagian Narkotik Polis Padang Besar untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Iklan
Iklan