Bernas kongsi kemeriahan Tahun Baharu Cina

Iklan
Kakitangan Bernas bergambar bersama penghuni Pertubuhan Insan Istimewa Cheras.

KUALA LUMPUR - Padiberas Nasional Berhad (Bernas) meraikan penghuni di Pertubuhan Insan Istimewa Cheras sempena program Ikhlas Tahun Baharu Cina, semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Bernas, Norliza Mat Isa berkata, Bernas melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama komuniti melalui sumbangan keperluan asas dan makanan harian kepada pertubuhan yang ditubukan sejak 2009 itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai program diadakan menceriakan penghuni berusia 4 hingga 47 tahun disamping sesi penerangan mengenai beras yang sesuai digunakan kumpulan tersebut.

"Kami ambil peluang berkongsi tiga jenis beras terdiri Basmati Sella, Ponni dan Bario yang mempunyai mempunyai tekstur yang lembut dan nutrisi yang tinggi, sesuai dimakan untuk kanak-kanak dan dewasa," katanya.

Iklan

Katanya, program tahunan itu adalah tanda penghargaan Bernas kepada pelanggan yang memberikan sokongan dengan menyalurkan hasil keuntungan kembali kepada golongan memerlukan.

"Diharapkan CSR yang dijalankan ini memberikan keceriaan dan kegembiraan buat penghuni," katanya.

Iklan

Kakitangan Bernas bergambar bersama penghuni Pertubuhan Insan Istimewa Cheras.