Covid-19: Tiga pejabat di Wisma Darul Iman ditutup

Iklan
Wisma Darul Aman

KUALA TERENGGANU - Tiga pejabat di Wisma Darul Iman ditutup selama tujuh hari bermula 10 hingga 16 Mac bagi membolehkan kerja-kerja membasmi kuman dilakukan serta mengelak penularan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, tiga pejabat berkenaan ialah Pejabat Tanah dan Galian Terengganu (tingkat 11), Pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri (tingkat 12) dan Pejabat Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu di tingkat 13.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, langkah penutupan premis itu dilakukan berikutan terdapat tiga kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) di Wisma Darul Iman baru-baru ini.

"Hasil siasatan mendapati kes-kes positif berkenaan bergaul rapat dengan pekerja di tiga pejabat tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, penutupan sementara dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit dan membolehkan proses disinfeksi serta sanitasi dijalankan.