Mesyuarat MN bukti hubungan UMNO, Pas masih erat

Iklan
Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR - Perbincangan dan rundingan antara UMNO dan Pas menerusi mesyuarat yang berlangsung pada Rabu membuktikan hubungan kedua-dua parti Melayu itu masih erat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan, ia bertentangan dengan persepsi luar bahawa Muafakat Nasional (MN) semakin retak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaliknya, UMNO dan Pas terus komited memperkukuhkan gagasan MN.

"Ini merupakan mesyuarat berkala kerana malam ini kita ada mesyuarat Jawatankuasa Perunding... dan ini adalah cerminan betapa eratnya hubungan antara UMNO dan Pas yang sehingga kini masih lagi mendukung dan sentiasa berusaha mengukuhkan MN.

Iklan

"Walaupun macam-macam yang diperkatakan di luar sana, sebenarnya hubungan kami masih ada dan masih diteruskan," katanya ketika ditemui pemberita di Menara Dato Onn, PWTC pada Rabu.

Khaled juga pengerusi tetap Jawatankuasa Teknikal MN selesai bermesyuarat yang dipengerusikan bersama Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad.

Iklan

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sementara itu, Idris berkata, mesyuarat jawatankuasa itu penting sebagai persiapan untuk mesyuarat Jawatankuasa Perundingan MN pada malam ini

"Ini penting untuk masyarakat tahu bahawasanya kerjasama yang kita lakukan terus berjalan selain perbincangan mengenai fokus MN yang sebenar," katanya.

Jawatankuasa Perundingan MN berlangsung pada jam 8 malam ini akan dipengerusikan oleh kedua-dua Timbalan Presiden UMNO dan Pas, masing-masing Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mesyuarat malam ini juga akan dihadiri 12 ahli daripada UMNO dan 12 ahli daripada Pas.

Difahamkan ia bagi membincangkan hala tuju dan masa depan kedua-dua parti itu dalam MN selepas UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama dengan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.