KOTA KINABALU - Dua pengarah dan dua lagi pengurus syarikat pembinaan direman selama empat hari bermula pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender projek bekalan air luar bandar di Semporna bernilai RM142 juta pada 2019.
Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini setelah permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.