KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines melancarkan MHartisans, saluran bagi kakitangannya untuk mereka cipta, menghasil dan menjual pelbagai barangan buatan mereka sendiri melalui gedung e-runcit miliknya, Temptations, bermula pada Rabu.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, jenama MHartisans diwujudkan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan kakitangannya.
Iklan
Iklan
"Ia juga membolehkan kami mengetengahkan produk buatan Malaysia yang merangkumi kepelbagaian budaya dan warisan negara.
"Saya berharap produk-produk ini akan memupuk rasa kebanggaan dan kecintaan terhadap Malaysia dalam kalangan pelanggan setia kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sempena meraikan pelancaran tersebut, syarikat penerbangan itu akan memperkenalkan barangan anak patung dan memorabilia eksklusif hasil buatan tangan dua anggota kru kabinnya yang berbakat.
Selain itu, Malaysia Airlines juga menyokong kakitangannya dengan penciptaan MHhomecooks, segmen khas di saluran YouTubenya yang menampilkan hidangan kegemaran tempatan Malaysia, semuanya dimasak oleh pekerja syarikat penerbangan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan