Pantai Teluk Cempedak

Iklan

Pengunjung bersantaian di Pantai Teluk Cempedak yang merupakan pantai peranginan popular di Kuantan hari ini.

Selain pantai yang cantik dan panorama yang indah, kemudahan infrastruktur termasuk tempat penginapan dan restoran yang banyak terdapat di situ memberi keselesaan kepada para pelancong.

Iklan
Iklan

Kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan rentas negeri di antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP yang lain di bawah program Gelembung Pelancongan Bersasar, mulai hari ini.

Namun aktiviti tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. - Foto Bernama

Iklan
Iklan