Insiden kuil: Polis tahan 30 individu

Iklan
Mazlan ketika bercakap pada sidang media petang tadi.

SUBANG - Polis mengesahkan sudah menahan 30 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman pada Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, tangkapan terbaru dibuat tengah hari tadi melibatkan sembilan individu yang dipercayai berkaitan dengan kes itu.

Iklan
Iklan

"Polis akan melakukan permohonan reman terhadap sembilan individu terlibat untuk mengambil keterangan mereka berhubung kes itu,” katanya ketika sidang media hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Enggan bersurai, polis tahan beberapa lelaki]

Iklan

Sebelum ini, polis telah menahan seramai 21 individu yang dipercayai terlibat dalam insiden kekecohan yang berlaku di kuil berkenaan pada Isnin lalu.

Mengulas lebih lanjut, Mazlan memaklumkan bahawa pihaknya akan menempatkan sekitar 500 orang anggota bagi memantau keselamatan di sekitar kawasan kuil berkenaan.

Iklan

"Anggota-angota ini akan berada di kawasan sekitar sehingga keadaan di kawasan itu kembali seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman berhubung kecederaan dialami anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kejadian itu, Mazlan berkata, pihaknya akan memanggil sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung kes itu.

Beliau berkata, langkah itu adalah bertujuan bagi membolehkan polis merakamkan percakapan pihak berkenaan untuk dimasukkan ke dalam kertas siasatan

"Selepas itu, ia akan dianalisa dengan lengkap bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya.

Selain itu, Mazlan turut memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menularkan sebarang maklumat yang dapat menimbulkan kegusaran semua pihak.

"Jangan kita cuba ganggu ketenteraman awam. Polis akan membuat laporan selepas ini bagi membolehkan pihak yang menularkan perkara-perkara sebegini dapat dikenakan tindakan,” katanya.