Barcelona tak patut tersingkir

Iklan
Griezmann menegaskan Barcelona sepatutnya mendapat keputusan lebih baik dalam aksi timbal balik ketika menentang PSG.

PENYERANG Barcelona, Antoine Griezmann percaya kelab Catalan itu tidak sepatutnya tersingkir awal daripada saingan Liga Juara-juara selepas tewas kepada Paris Saint Germain (PSG) 2-5 secara agregat dalam aksi timbal balik di Le Parc des Princes awal pagi Khamis.

Menurutnya, pasukan itu berhak mencatat keputusan lebih baik selepas memperagakan persembahan cemerlang dalam perlawanann timbal balik tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami tidak sepatutnya tersingkir awal daripada saingan Liga Juara-Juara, namun ia sudah berlaku. Kami bermain dengan bagus terutama pada separuh masa pertama.

"(Lionel) Messi telah menjaringkan gol menarik, namun ada beberapa perkara yang tidak memihak kami selain penjaga gol PSG, Keylor Navas sangat cemerlang hari ini. Kami mempunyai 10 percubaan ke gawang lawan dan 72 peratus penguasaan bola.

Iklan

"Kami kecewa dengan keputusan ini dan ia sangat memalukan, namun itulah bola sepak dan Liga Juara-juara yang banyak kejutan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Kylian Mbappe terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat PSG menerusi jaringan penalti pada minit ke-30 sebelum disamakan oleh Messi menerusi gol daripada luar kotak penalti pada minit ke-37.

Iklan

Bagaimanapun, PSG mara ke saingan suku akhir menerusi kiraan agregat selepas menang pada pertemuan pertama 4-1.

Dalam pada itu, Griezmann menafikan dia tidak gembira berada di kelab tersebut selepas khidmatnya sering dipinggirkan dan banyak memanaskan bangku simpanan.

"Kadang-kadang saya berada di bangku simpanan, kadang-kadang saya bermain 90 minit. Saya tidak kisah dan sedia beraksi untuk pasukan pada bila-bila masa saya diperlukan. Saya cukup gembira di sini dan fokus saya tetap kepada kelab dan pasukan kebangsaan," katanya.