KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil terhadap ketua polis negeri sekiranya anggota mereka gagal menjalankan tugas sebaiknya ketika sekatan jalan raya bagi penguatkuasaan larangan rentas sempadan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau tidak mahu mengambil ringan perkara tersebut walaupun kes jangkitan Covid-19 sudah menurun untuk mengelakkan wujudnya kluster baharu disebabkan kelemahan penguatkuasaan rentas sempadan.
Menurutnya, beliau kesal apabila menerima aduan terdapat segelintir anggota polis didakwa mengambil ringan tanggungjawab berkawal di setiap sekatan jalan raya termasuk sempadan setiap negeri.
"Arahan tegas telah dikeluarkan kepada semua ketua polis negeri seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak supaya memperketatkan kawalan di setiap sekatan jalan raya.
"Saya perhatikan sejak lima hari kebelakangan ini statistik kes jangkitan Covid-19 harian menurun dan itu satu petanda baik," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini pada Khamis.
Abdul Hamid berkata, pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya akan dibuat secara lebih gigih dan tegas bagi mengelak sebarang percubaan rentas negeri.
Beliau berkata, ketua polis negeri diminta supaya mengarahkan setiap petugas anggota polis di sekatan jalan raya termasuk di lebuh raya dan sempadan negeri supaya tiada ruang rehat dalam mengawal keadaan.
"Waktu rehat untuk solat diizinkan secara bergilir sementara boleh rehat seketika.
"Misalnya, terdapat 10 orang bertugas pada waktu puncak dan sesak, semua perlu turun kawal pemeriksaan supaya dapat mempercepatkan laluan kenderaan pada masa yang sama diperiksa.
"Saya tak mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipersalahkan dan tak sanggup lihat sekali wujud kluster rentas negeri seperti sebelum ini," katanya.
Abdul Hamid berkata, beliau tidak segan dan malu untuk mendedahkan kelemahan tersebut walaupun sangat menghargai khidmat gigih sebahagian besar petugas polis di lapangan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam.
Bagaimanapun, katanya, beliau kesal segelintir kelompok mengambil ringan tanggungjawab mereka di lapangan.
"Saya akan pastikan pegawai tinggi setiap negeri dan juga dari Bukit Aman turun pantau operasi," katanya.