Pengurus stesen minyak kena samun

Iklan

BUKIT MERTAJAM - Seorang pengurus stesen minyak berdepan detik mencemaskan apabila dia disamun seorang lelaki dalam kejadian di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sungai Rambai di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, wanita berkenaan sedang berjalan ke arah keretanya sebelum seorang lelaki yang memakai topi keledar hitam menyambar beg tangan yang dibawanya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, akibat kejadian itu wang miliknya berjumlah RM300 dan wang milik syarikat sebanyak RM35,000 dibawa lari oleh penjenayah berkenaan.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan ke sebuah bank berhampiran untuk membawa masuk wang syarikat berkenaan.

Iklan

"Kejadian berkenaan berlaku di ruang lapang parkir kenderaan di bahagian belakang stesen minyak terbabit.

"Suspek yang memakai topi keledar berwarna hitam tidak mengacukan sebarang senjata kepada mangsa.Menurut mangsa kejadian berlaku terlalu pantas dan dia juga tidak sempat mengecam wajah suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi tadi.

Iklan

Nik Ros Azhan berkata, selepas berjaya mendapatkan beg berkenaan suspek terus berlari ke arah belakang stesen minyak sebelum menghilangkan diri.

Katanya, siasatan di tempat kajadian mendapati kamera litar tertutup yang dipasang di kawasan belakang stesen minyak berkenaan tidak berfungsi sejak beberapa tahun yang lalu.

"Selain wang tunai, pelbagai dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad insuran dan telefon bimbit milik manga turut dilaporkan hilang.

"Mangsa yang telah bekerja di stesen minyak iti sejak 15 tahun lalu mendakwa dia tidak pernah beritahu kepada sesiapa yang dia akan pergi ke bank untuk memasukkan duit kerana takut diikuti orang dan perkara itu juga diakui oleh seorang juruwang yang bekerja dengannya selama empat tahun lalu," katanya.

Nik Ros Azhan berkata, pihaknya kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan identiti suspek yang terlibat.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.