Anggota APM maut dirempuh, digilis kereta

Iklan
Seorang anggota APM wanita berusia 19 tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 36 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, Banting pada Khamis. Gambar kanan: Nor Hezlina

BANTING - Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) wanita maut digilis sebuah kenderaan sejauh 50 meter dalam kejadian di Kilometer 36 Jalan Klang-Banting-Port Dickson di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa dikenali Nor Hezlina Nazrib berusia 19 tahun maut di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR dari arah Banting menghala ke Morib dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu lelaki berusia 19 tahun.

Menurutnya, selepas rempuhan itu, mangsa diseret sejauh kira-kira 50 meter hingga mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan

"Kereta terbabit turut melanggar sebuah kereta Proton Satria sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar dua buah kereta jenis Kia Spectra dan Proton Wira yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Azizan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Iklan

Tambahnya, susulan itu, polis telah menahan pemandu terbabit yang tidak mempunyai lesen untuk diambil sampel darah manakala saksi terlibat dalam kemalangan itu telah direkod keterangan.

"Saksi bebas yang melihat kemalangan juga telah dikesan dan dirakam percakapan," katanya.

Menurutnya, orang ramai atau saksi yang mempunyai melihat kejadian juga diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubung Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Kwisha Nur Azalea Saran di talian 011-62622972.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, APM Kuala Langat dalam kenyataannya menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Nor Hezlina yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Telah kembalinya Nor Hezlina ke rahmatullah pada pagi ini akibat kemalangan jalan raya. Mohon doa semuanya agar rohnya dicucuri dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya.