KUALA LUMPUR - Majlis Peguam mengutuk dakwaan penglibatan dua peguam dalam insiden di Kuil Sri Maha Marimman.
Presidennya, George Varughese berkata salah laku itu merupakan pelanggaran etika profesional yang serius.
"Kami seru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci atas segala salah laku.
"Sekiranya ada salah laku kami akan membuat aduan kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara (ASDB),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media khas di Putrajaya menjelaskan siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil berkenaan.
Muhyiddin dilaporkan berkata, dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan itu.
"Siasatan polis mendapati peguam syarikat pemaju mengupah sekumpulan lelaki untuk ceroboh dan kawal kuil sebelum polis datang ke tempat kejadian.
"Sejumlah RM150,000 diserah kepada ketua kumpulan ini yang mana setiap orang diberi upah antara RM150 hingga RM300,” kata Muhyiddin.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Peguam syarikat jadi dalang bayar RM150 ribu pada gengster ]
Dalam pada itu, George menegaskan pihaknya sentiasa bersedia memberi bantuan kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes tersebut.
Sebelumnya, One City menafikan dakwaan pihaknya menjadi dalang di sebalik rusuhan yang berlaku di kuil itu.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Pemaju nafi jadi dalang sebalik rusuhan ]