Anggota polis Nor Hafizah Hashim menunjukkan ketulan dadah yang dirampas semasa mengadakan sidang akhbar pembongkaran makmal haram memproses dadah syabu yang bernilai RM2.9 juta di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah hari ini.
Dalam satu operasi, pihak polis berjaya membongkar makmal memproses dadah jenis syabu yang dipercayai telah beroperasi di situ sejak Ogos tahun lepas dan merampas 66 kilogram (kg) syabu serta 37 liter cecair syabu. Dadah yang dirampas ini disyaki untuk pasaran tempatan. - Foto Bernama