JAKARTA - INDONESIA. Seorang wanita di Jakarta tergamak memaksa anak perempuannya lakukan hubungan intim dengan suaminya kononnya untuk membantu 'menghangatkan' lagi hubungan seks.
Pasangan terbabit dilaporkan melakukan penderaan seksual ke atas mangsa berusia 16 tahun sejak Oktober lalu.
Pada mulanya, mereka cuba untuk memperdaya remaja terbabit dengan menawarkan wang tunai berjumlah 200,000 rupiah (RM57) dan telefon bimbit kepadanya, namun ditolak olehnya.
Perbuatan ibunya itu terbongkar selepas mangsa memberitahu bapa kandungnya yang bertindak segera melaporkan kepada polis.
Ketua Pesuruhajaya Polis, Andi Sinjaya berkata, idea tersebut disuarakan bapa tirinya yang turut dipersetujui ibunya.
Mereka telah ditahan di kediaman keluarga itu di Pancoran dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabit bersalah.
Jelasnya, remaja terbabit turut diberikan sesi kaunseling.
Suruhanjaya Keganasan ke atas Wanita (Komnas Perempuan) mendapati 1,201 kes sumbang mahram dilaporkan pada 2017. - Daily Mail